Powered by Blogger.
RSS

Aktiviti Jumaat




Pada seriap hari jumaat,semua murid di setiap kelas akan mengaji ayat-ayat suci al-quran.Tujuannya selain dari mendapatkan keberkatan dan pahala jumaat, guru-guru yang terlibat dapat membetulkan cara bacaan murid-murid yang mengaji dengan tajuid yang betul.Secara tidak langsung ia dapat membantu murid-murid menjadi lebih celik tajuid.
Bagi murid-murid Tahun 6 pula, mereka akan berkumpul di surau untuk solat hajat dan membaca yassin bersama guru dengan tujuan untuk sama-sama berdoa memohon kepada Allah supaya terang hati di dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan supaya mereka akan dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan UPSR yang bakal dihadapi kelak.

Kesilapan semasa Solat Berjamaah

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada solah bersendirian.”
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, jelas kepada kita akan kelebihan solat bercara berjamaah berbanding solat sendirian. Namun begitu, terdapat beberapa kesilapan yang sering terlihat semasa solat berjamaah. Mari kita renungi bersama.






Solat zuhur berjemaah

Aktiviti solat zuhur berjemaah dijalankan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran murid mengikut jadual imam dan bilal yang telah ditetapkan pada setiap hari.Alhamdulillah,penglibatan murid-murid sekolah ini amat memberangsangkan.
Murid mengambil wudhu'

Murid solat berjemaah


Add caption


Aktiviti keceriaan Surau An-Nadwah

Murid menampal kerawang
Guru menggunting huruf

Murid mencuci tempat wudhuk

Menyusun pasu bunga
Bersedia untuk menggantikan langsir baru

menggunting kerawang yang dipilih

Sambutan Isra' Mi'raj


1Jumaat, 1 Julai 2011 - Pada hari ini, unit Dakwah Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu majlis sambutan sempena memperingati peristiwa agung Isra Mikraj. Majlis sambutan yang berorientasi ceramah ini telah bermula jam 10.00 pagi dan dijalankan di dewan sekolah. Penceramah yang dijemput khas pada kali ini ialah Al Fadhil Al Ustaz Mohammad Fairus bin Tamyis, seorang ustaz muda dari Simpang Renggam.

Dalam ceramah beliau yang bertemakan pengembaraan ke angkasa lepas, ustaz telah mengupas peringkat pengembaraan Rasulullah SAW bermula di Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa hinggalah baginda diangkat ke langit. Banyak fakta-fakta serta gambaran perjalanan tersebut telah disampaikan kepada murid-murid yang mendengar penuh minat.

Bersempena ceramah juga diadakan pertandingan kuiz agama di kalangan murid-murid. Diharapkan murid-murid telah mengambil iktibar dari ceramah yang disampaikan seterusnya menambah ilmu pengetahuan mereka tentang peristiwa isra mikraj ini.

Panorama An Nadwah